Syarat Pemilikan Rumah Berstatus Kos Rendah (Selangor)

Syarat-syarat pembelian rumah kos rendah (low cost) dan rumah kos sederhana rendah (medium low cost) di Selangor.

Di Selangor, terdapat unit hartanah kediaman yang dikategorikan sebagai kos rendah (low cost) dan kos sederhana rendah (medium low cost)

Biasanya keluasan bangunan 650 sf ke bawah adalah unit kos rendah. Manakala bagi unit kos sederhana rendah, 750 sf ke bawah.

Bagaimana nak tahu sesuatu hartanah tu kos rendah atau kos sederhana rendah? Anda boleh cek di Perjanjian Jual Beli, kadang-kadang ada dinyatakan. Jika tiada, perlu hubungi pemaju untuk pengesahan status unit tersebut.

Untuk pemilik hartanah ni, kalau nak jual, kene pastikan dah cukup 5 tahun baru boleh jual. Kalau tak, tak boleh.

Ok, jom tengok apa syarat-syarat nak beli rumah jenis ini pulak.

  1. Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di negeri Selangor.
  2. Bakal pembeli atau pasangan (suami isteri) tidak pernah memiliki rumah di Negeri Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  3. Bakal pembeli atau pasangan (suami isteri) hendaklah menetap atau bekerja di Negeri Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  4. Had gaji pendapatan mengikut harga rumah seperti berikut

Jom kita cuba kaji senario di bawah

  1. Ros dan Ajib berkahwin, bekerja di Selangor. Ajib pernah beli rumah di Kedah, Maryam pula tak pernah beli rumah. Dalam kes ni, Ros dan Ajib layak beli rumah kos rendah atau kos sederhana rendah.
  2. Hazik belum berkahwin, bekerja di Selangor, dan bergaji RM7,000. Hazik nak beli rumah low cost berharga RM280,000. Dalam kes ini, Hazik tidak layak kerana had gaji RM7,000 adalah rumah berharga RM250,000 sahaja
  3. Ajmin ingin menjual flat low cost yang telah dibeli 3 tahun lepas. Mengikut syarat jualan, hanya unit dengan milikan mencukupi 5 tahun ke atas sahaja yang boleh dijual. Jadi Ajmin tidak boleh menjual unit beliau
  4. Julia telah memiliki 2 biji rumah di Selangor, dan ingin menambah aset. Dia ingin membeli flat medium low cost. Dalam hal ini, Julia tidak layak kerana beliau telah mempunyai rumah lain di Selangor.

Jadi, kepada yang berminat untuk memiliki rumah low cost atau medium low cost, anda perlu meneliti syarat-syarat yang ditetapkan terlebih dahulu.

Sebab itu sebenarnya, untuk yang baru bekerja dan masih bujang, adalah digalakkan untuk membeli unit low cost atau medium cost sebagai rumah pertama. Samada sebagai own stay atau pelaburan.

Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.