Panduan Pengiraan RPGT

Sebagai pemilik hartanah, dalam urusan penjualan unit tersebut, terdapat beberapa kos yang perlu di bayar oleh pemilik hartanah.

Salah satu daripadanya ialah Real Property Gain Tax (RPGT). Sebelum ini, milikan 5 tahun ke atas tidak dikenakan RPGT.  Bermula 2019, milikan hartanah 5 tahun ke atas dikenakan RPGT bernilai 5%, kecuali hartanah bernilai RM200,000 ke bawah mendapat pengecualian.

Bermakna, tidak kisah berapa tahun milikan hartanah, pemilik hartanah tidak dapat lari dari membayar cukai ini.

Secara ringkasnya, RPGT adalah cukai ke atas keuntungan bersih hasil jualan sesuatu hartanah.

Cara kiraan keuntungan bersih adalah:

Keuntungan Bersih = Harga Jual – Harga Beli – Perkara Yang Dibenarkan Untuk Ditolak

Perkara yang dibenarkan untuk ditolak adalah:

  1. Rebat wajib (RM10,000) atau 10% daripada keuntungan mana yang lebih tinggi.
  2. Kos pengubahsuain rumah
  3. Jumlah kos guaman semasa membeli dan menjual
  4. Bayaran yuran ejen

Kemudian nilai keuntungan bersih tersebut didarab dengan peratusan RPGT mengikut tahun milikan.

Tetapi, penjual berhak mendapatkan pengecualian RPGT sekali seumur hidup (hanya untuk rumah kediaman sahaja)

Untuk pemahaman yang lebih jelas, sila rujuk senario di bawah:-

PENGIRAAN RPGT:

Tahun Beli Rumah     : 2018
Tahun Jual Rumah     : 2019
Harga Beli                   : RM300,000
Harga Jual                   : RM400,000
Rebat Wajib                : RM10,000
Kos Ubahsuai             : RM20,000
Kos Guaman               : RM6,000
Bayaran Yuran Agen : RM12,000
% RPGT Tahun 1         :  30%

Keuntungan = Harga Jual – Harga Beli – Perkara Yang Dibenarkan Untuk Ditolak

Keuntungan

= RM400,00 – RM300,000 – RM10,000 – RM20,000 – RM6,000 – RM12,000
= RM52,000

RPGT = RM52,000 x 30%
           = RM15,600

RM15,600 adalah bayaran RPGT yang perlu dibayar.

Ketahui perkara yang perlu anda tanggung jika anda adalah pemilik hartanah.

Bertindak dengan bijak.