Jenis Pasaran Hartanah

Jom Kenali Jenis Pasaran Hartanah Rumah Kediaman.

Pasaran Hartanah Rumah Kediaman terbahagi kepada 3 iaitu pasaran primer, pasaran sekunder dah pasaran tertiari. Setiap kategori mempunyai kelebihan dan risiko/kekurangan masing-masing.

Pasaran Primer

Pasaran Primer adalah rumah kediaman yang sedang dibina (underconstruction), yang mana melibatkan pemaju dan pembeli.

Kelebihan:

  • Rumah serba baru
  • Rekaan rumah cantik dan terkini
  • Deposit booking yang lebih rendah
  • Terdapat beberapa kos diserap oleh pemaju seperti legal fee, mot dan lain-lain (bergantung kepada pemaju)

Risiko:

  • Rumah tidak dapat disiapkan atau terbengkalai sekiranya pemaju bermasalah dalam tempoh pembinaan.
  • Harga rumah jenis ini biasaya lebih mahal berbanding unit sekitar
  • Kos memasuki rumah setelah rumah siap adalah tinggi seperti kos wiring, renovation, pemasangan grill dan lain-lain.

Pasaran Sekunder

Pasaran Sekunder adalah rumah subsale (rumah second hand) yang melibatkan pemilik rumah dan pembeli.

Kelebihan:

  • Tiada risiko terbengkalai kerana rumah telah siap
  • Rumah sedia didiami
  • Boleh memeriksa keadaan rumah sebelum membuat keputusan untuk membeli
  • Kawasan persekitaran biasanya telah matang dan mempunyai fasiliti tersedia.

Kekurangan:

  • Deposit awal yang tinggi. Jika anda berminat untuk membeli rumah kediaman pasaran sekunder, anda perlu menyediakan deposit minimum 10% dari harga rumah
  • Kos lain seperti kos peguam perjanjian jual beli, mot dan lain-lain perlu ditanggung sendiri.

Pasaran Tertiari

Pasaran Tertiari adalah terdiri dari rumah lelong, biasanya dilelong oleh pihak bank atas faktor kegagalan pembeli terdahulu menjelaskan bayaran bulanan pinjaman rumah.

Kelebihan:

  • Dapat membeli rumah di bawah harga pasaran (below market value).
  • Dapat menjual semula atau disewakan pada harga pasaran semasa, yang boleh memberi pulangan positif.

Risiko:

  • Tidak dapat melihat keadaan dalam rumah kerana kebiasaan berkunci.
  • Tunggakan yuran maintenance (bagi rumah kediaman bertingkat), tunggakan cukai taksiran dan tunggakan cukai pintu adalah di atas tanggungan pembeli baru.

Setiap pasaran mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang suka membeli rumah underconstruction kerana deposit rendah. Ada yang membeli rumah subsale kerana persekitaran yang matang. Ada yang membeli rumah lelong kerana harganya jauh lebih murah dari rumah sedia ada.

Pilihan di tangan anda. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.